Friday, January 28, 2011

Al-Fatihah Buat Sahabatku Allahyarham Mohd Faiz Azman




 
28-01-2011 - 7.30 pagi - seperti biasa bangun dan bersarapan untuk bersiap2 ke N9.sementara menunggu aku sempatlah melihat Blog dan FB sambil pekena secawan milo. Lebih kurang 8.30 pagi : Aku telah menerima panggilan daripada ayah arwah yg mengatakan ketika itu arwah mengalami komplikasi selepas menerima rawatan Chemo semalam dan beliau memaklumkan yg arwah telah tidak sedarkan diri.Aku pun memikirkan dgn positif mgkn xde apa2 berlaku yg serius mgkn kesan slepas rawatan chemo semalam..Aku pun meminta ayahnya supaya bersabar dan tenang walaupun dlm hatiku berdetik kerisauan lagi2 apabila ayahnya telah mula sebak dan menangis. Setelah menerima panggilan tue aku cukup risau namun ku masih anggap positif mgkn kesan rawatan chemo. 



Pada hari ini aku bersama urusetia  progrm Xplorasi Gua Batu Maloi ingin membuat tinjauan ke lokasi tersebut dengan melihat keadaan disana serta laluan yg akan dilalui nanti ( 2-2-2011 ). tepat jam 9.00 aku keluar dr rumah utk bergerak kesana.Didalam keseronokan berborak dan ingin melihat dan memantau perjalanan ke kesana lebih kurang jam 10.40 pagi ketika aku di Daerah Johol N9 sekali lagi aku dikejutkan dengan panggilan yg mengatakan bahawa sahabatku telah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL.Luruh jantungku dan aku hanya berdiam sambil berdoa.....sedih yg teramat sangat,dia umpama adik kandungku yg sekian lama sering bergurau senda gelak ketawa bersama...

Kali terakhir aku berjumpa denganya iaitu 3 hari yg lalu,sempat jgk aku bergurau dgnnya walaupun aku tgk keadaannya semakin kurus dan nmpk lemah..malah aku jga tlh berkata kepadanya yg dia nmpk terlalu lemah dan pucat maka aku menasihati supaya menjaga mkn dan minumnya disana...byk kenangan aku bersamanya yg tidak akan luntur didalam ingatanku.... Inilah dimanakan erti kasih sayang seorang sahabat..apabila ia hilang maka kita akan merinduinya....  Selesai aku melihat kawasan prgrm di Gua Batu Maloi dengan lantas aku pulang utk memberi penghormatan terahir buatnya.

Aku tiba di masjid kg. Kelanang arwah telah siap dimandi dan dikafankan.. selesai solat jenazah,arwah telah dibawa dan dikebumikan ditanah perkuburan tidak jauh dr rumahnya lebih kurang 100m. Majlis perkembumian selesai lebih kurang jam 4.40 ptg.. Dengan suasana sayu dan kesedihan aku melangkah meninggalkan pusara dengan harapan semoga roh arwah akan ditempatkan dalam golongan ahli syurga serta diberi keampunan oleh Allah S.A.W......
Faiz Azman dalam kenangan... Al-Fatihah.......

2 comments:

ms_eina@mr_ayel said...

sakit ape abg rahim??ermm..al-fatihah tuk arwah..

aimarshall said...

dia kne cancer tp xtau pa namenyer.. lps rawatan chemo terus byk masalah dan koma..xlama dia meninggal dunia...dlm tempoh 12 jam lepas rawtan chemo...mmg kejap sgt...